Sudah menjadi fitrah setiap makhluk ciptaan Allah pasti mengalami perubahan tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Dan manusia juga sering inginkan perubahan. Menipu jika ada yang berkata mereka tidak berubah, tidak inginkan perubahan dan sebagainya. Sedangkan perubahan boleh boleh berlaku ke arah positif dan juga negatif. Jika dilihat perubahan luaran seperti fizikal misalnya, setiap manusia atau semua benda tidak akan kekal dengan sifat asalnya ata rupa bentuk asalnya. Jika dahulu kita kanak-kanak mungkin kini sudah menjadi dewasa dan begitulah seterusnya.
Semakin bertambah usia semakin banyak perubahan yang berlaku cuma yang membezakan cara perubahan itu terjadi atas dasar apa. Mungkin sesetengah orang atas keinsafannya, ada juga kerana melihat persekitarannya dan pelbagai macam alasan lagi. Begitu juga dengan abangku. Semakin aku menginjak remaja dan dia menginjak dewasa semakin banyak perubahan yang berlaku. Sikap pembegis, panas baran, suka marah dan sebagainya seakan sedikit demi sedikit terpadam dari dalam dirinya.

Jika dahulu untuk senyum padanya pun aku takut kini untuk bergurau dengannya bukanlah satu masalah lagi. Jika dahulu untuk memberinya sesuatu pun aku takut kini aku sudah mampu meminta darinya. Apa yang aku minta pasti dipenuhinya cuma kadang kala memerlukan sedikit masa. Dia orang pertama yang menghadiahkan aku telefon bimbit sempena hari jadiku (ketika di tingkatan 1), dia orang pertama yang hadiahkan aku sebuah kamera, dia juga orang yang selalu memberi hadiah sewaktu aku lulus cemerlang peperiksaan, dia yang selalu menjemputku di Pekeliling jika aku ketiadaan bas dan banyak lagi.
Bukan nilai yang menjadi ukuran tetapi keikhlasan dan ingatannya terhadapku menjadi kayu ukurnya.Kini aku sedar, dia adalah abang yang penyayang. Mungkin wataknya dulu hanya untuk memastikan aku tidak hanyut di usia remaja. Dia ingin mendidikku menghormatinya sejak dari usia kanak-kanak lagi. Ya mungkin caranya sedikit salah namun aku tetap bersyukur kerana sikapnya itulah yang membuatkan aku takut untuk bercinta dan melakukan sesuatu yang diluar batasan. Terima kasih abang kerana melindungi aku dulu kini dan selamanya. Insya Allah.

.jpg)

No comments:
Post a Comment