 |
| Tulang Belakangku (Sahabat Dunia Akhirat) |
Niat dihati ingin menyiapkan tugasan yang masih berbaki namun kerana ingin mencari satu gambar akhirnya terjumpa pula gambar-gambar lain. Gambar yang ku ingat sudah hilang ekoran kerosakan memori telefon bimbitku dulu. Alhamdulillah rupanya masih ada salinan di dalam komputerku ini. Semuanya gambar-gambar kenangan bersama sahabat handai ketika di sekolah menengah dan tingkatan 6 dahulu. Bila meneliti semula gambar ini ianya mengundang tawa. Terasa lucu dengan lagak dan gaya yang dipamerkan ketika bergambar. pelbagai aksi dan
style. Dalam tawa terselit juga rasa sendu kerana jauh disudut hati ini terundang rasa rindu. Rindu sebenarnya untuk sama-sama berkumpul, bersembang, bertukar-tukar cerita dan pendapat, berjimba dan bergembira. Bilakah kiranya masa untuk kami dapat berkumpul semula. Untuk kembali semula ke zaman itu adalah mustahil. Sekurang-kurangnya gambar yang terakam menjadi pengubat rinduku untuk mereka. Antara cebisan kenangan yang masih tersisa.
 |
| Antara Sahabat Ketika Tingkatan 5 |
 |
| Sahabat - sahabat baik |
 |
| Wajah-wajah kesayanganku |
 |
| Sahabat Yang Paling Akrab |
No comments:
Post a Comment