Seingatku sudah lama juga aku tidak ke pasar malam. Hari ini, aku berkesempatan berkunjung ke pasar malam bersama rakan-rakanku. Kepergianku bukanlah kerana suka-suka tetapi disebabkan ada barang yang perlu aku beli. Meriahnya pasar malam. Orang ramai berpusu-pusu menyelusuri laluan pasar malam. Pelbagai jenis makanan dan barangan yang dijual. Rambang mataku melihat makanan-makanan yang dijual. memandangkan aku sudah kekenyangan maka keinginan untuk membeli tiada.
Masih aku ingat, ketika aku masih dibangku sekolah rendah aku gemar ke pasar malam setiap hari sabtu di kawasan perumahanku. Kebiasaannya, aku akan pergi bersama rakan-rakan sepermainanku dengan hanya berjalan kaki. Dengan hanya berbekal RM 2 kami akan berjalan kaki ke pasar malam. Bukannya tiada basikal namun basikal tidak mua untuk bilangan kami yang ramai. Jadi untuk berlaku adil maka kami lebih gemar berjalan. Sebenarnya jarak dari rumah ke tapak pasar malam agak jauh namun perjalanan yang jauh tidak terasa kerana kami berjalan beramai-ramai. Ketika berjalan bermacam-macam cerita yang akan keluar dan termasuklah cerita-cerita hantu. Selalunya bila tiba di tempat yang gelap dan dianggap 'keras' kami pasti akan senyap dan berjalan pantas bagi menghilangkan rasa takut. Kelakar rasanya bila memikirkan saat itu. Kadang kala kami berlari-lari kerana takut. Namun itulah kenangan. Sehingga hari ini, bila aku melalui jalan yang dianggap 'keras' pasti aku ketawa sendiri. Bertapa penakutnya kami dahulu. Sekarang, semuanya sudah meningkat dewasa dan mempunyai haluan sendiri jadi hobi seperti kecil-kecil dahulu sudah tidak diteruskan lagi. kami lebih gemar pergi menaiki motosikal dan hanya pergi dengan rakan-rakan sekelas. Sungguh, aku rindu kenangan dulu.

.jpg)



No comments:
Post a Comment