counter

Monday, 23 September 2013

Seronoknya Zaman Kanak-kanak!!

Zaman yang paling indah, paling menarik, paling seronok. Zaman yang hanya dipenuhi warna-warni debunga keceriaan, gelak tawa, dan gurau senda. Zaman yang menghairahkan untuk meneroka sesuatu yang baru tanpa perlu berfikir akan risikonya. Zaman dimana kita semua tak terlepas melaluinya. Kenangan. Seribu satu kenangan yang kita catatkan, yang telah kita ukirkan dalam kotak memori kehidupan kita. Hidup yang sering dikelilingi teman-teman sepermaianan, ditemani dan diawasi oleh ibu bapa yang sangat menyayangi sudah cukup memancarkan sinar kebahagian. 
           Melihat sahaja kanak- kanak yang enak bermain menimbulkan rasa ingin kembali semula menjadi kanak-kanak. Berlari berkejaran sesama sendiri tanpa mengenal penat dan lelah. Tidak perlu bersusah payah memerah otak memikirkan urusan kerja, urusan rumah tangga, dan pelbagai jenis urusan. Hidupnya bebas, sebebas sang burung meneroka dada langit yang luas terbentang. Sudah hampir dua dekad zaman itu aku lewati. Berpatah semula ke zaman itu adalah suatu yang mustahil. Hanya coretan kenangan yang dapat dikenang. Namun disebalik kegembiraan tercalit jua episod luka yang telah mengoyakkan hati dan meremuk renyukkan perasaan ini. Atas kesedaran sebagai insan aku tetap menerimanya sebagai ujian dari Allah kerana ujian Allah itu adalah tanda Allah sayangkan hambaNya. Ia adalah didikan dan juga tarbiyah dari Allah.

No comments:

Post a Comment