Cuti hujung minggu kali ini tidak aku sia-siakan. Aku mengambil keputusan untuk pulang berhujung minggu di kampung. Rindunya aku pada kampung halaman sudah tidak terkira lagi, seakan-akan sudah bertahun lamanya tidak pulang. Sejujurnya aku amat rindukan gelak tawa dan kenakalan anak-anak saudaraku. tersenyum sendiri aku tatkala terkenangkan keletah mereka. Ada sahaja ulah mereka yang mampu mengundang tawaku.
Keriuhan suara anak-anak buahku bermain di halaman menarik perhatianku untuk menyertai mereka petang itu. Aku hanya memerhatikan mereka dari atas buaian diberanda rumahku. Keasyikan aku menonton gelagat anak-anak buahku bermain telah menghantar aku jauh ke daerah kenangan. Dulu, dihalaman rumah inilah tempat aku sering menghabiskan waktu bersama rakan-rakanku. Kami berkejaran, bergelak ketawa dan bermain bersama-sama. Rounders pula sering menjadi permainan pilihan kami setiap petang. Kadang-kadang kami bermain "tuju tin", "selipar beracun (tiada duit nak beli bola)", "galah panjang", dan macam-macam lagi. Pendek kata kami tidak pernah ketandusan idea untuk bermain. Waktu petang tidak pernah sunyi dari keriuhan kami bermain. Indah sungguh waktu itu.
Lamunan aku terhenti apabila salah seorang anak saudaraku menangis. Berebut bola rupanya. Aku hanya tersenyum dan hanya memerhatikan sahaja mereka. Membiarkan kakakku mententeramkan anak saudaraku itu.
 |
| AFIQ RAYYAN |
 |
| ADIB FAHMI |
 |
| ABANG & ADIK |
 |
| SEPUPU =) ARISSYA ZAHIRA & AQIL IMAN |
 |
| ADIB LAGI |
 |
| AQIL IMAN |
 |
| MEREKA BUAH HATI KAMI |